Bukan Lagi Penganggur

Salam semua, ataupun mungkin kepada takde sesiapa.

Dah lama blog ni terbiar. Aku pun tak tahu nak tulis apa. Kali ni guna kata nama ‘aku’ sebab post kali ni personal sikit kot. Dan ada juga sedikit pemerhatian.

Selepas dekat setahun, lebih tepat lagi 10 bulan aku menganggur, maka bermulalah episod baru hidup aku yang bertajuk pekerjaan. Company bumiputera yang agak santai, masuk pukul 8.30 habis pukul 5.30 sharp. Kerja hari minggu sahaja. Contract supplier untuk sebuah company GLC. Kalau tak tahu supplier contract tu apa, maksudnya adalah pembekal product yang ‘dikurniakan’ perjanjian untuk beberapa tahun. Kena masuk tender lah. Aku rasa masuk tender GLC ni agak popular dengan company local sebab dekat sini lah boleh menjamin kita dapat pekerjaan dan keuntongan dalam beberapa tahun.

frabz-engineer-what-my-friends-think-i-do-what-my-mom-thinks-i-do-what-b6d2c1

So sekarang kebebasan aku terkongkong sikit lah sebab kena commit dengan company sekarang ni. Masa menganggur haritu aku ada try kerja dengan kawan. Okay lah, kerja boleh buat, duit pun ada lah jugak. Cuma mungkin kawan aku tu ada kelebihan lagi untuk bekerja sendiri. Aku ni dah graduate baru lah nak buat lesen kereta. Kereta pun pinjam dengan parent. Macam-macam aku rasa aku ketinggalan. Masa ni lah baru aku banyakkan baca pasal Malaysia dari segi pembahagian ekonomi, kemajuan teknologi dan permasalahan sosial antara kaum. Kononnya nak mengubah dunia lah. Tapi dengan tangan kecil ni aku rasa aku belum mampu untuk membuat apa-apa perubahan.

Antara satu perkara yang aku fikir bila aku kerja ni adalah aku nak kumpul pengalaman dalam bidang engineering supaya aku boleh menyumbang kepada kemajuan teknologi kejuruteraan Malaysia. Nampak betapa patriotiknya aku? Kalau teknologi kita bertambah maju dan negara luar berminat dengan teknologi kita, kita boleh lah menyumbang ekonomi negara dengan lebih lagi. Sebab secara teorinya, makin banyak kita eksport, makin strong ekonomi kita. Kesemua ni dengan harapan supaya currency negara kita boleh naik value. Bila currency dah tinggi, nak travel mana-mana pun rasa murah. Rakyat kita akan jadi lebih mampu untuk membeli. Itu antara perkara yang aku harap dapat tengok lah. Kita kena ada wawasan orang kata.

dasar-wawasan-2020-5-638
Throwback kongsi wawasan dengan Tun M

Bila aku dah kerja sebulan barulah aku boleh beli kereta used secara tunai. Alhamdulillah kalau dari Nilai nak ke Klang problem aku hanyalah milage sebab naik banyak. Kira untung lagi lah aku beli kereta murah ni sebab condition masih lawa. Boleh aku fokus kumpul duit kahwin, duit mak abah, and duit beli rumah. Kira pandai jugak lah aku menabung daripada bayar kereta habiskan RM 800 bulan-bulan. Aku beli kereta cash RM 5000 pun boleh pergi kerja jugak.

20140327_145249
Bukan aku punya Sentra N13

Itu je lah kot celoteh aku kali ni. Kepada yang belum jumpa kerja tu, aku tak nak cakap amik je lah siapa-siapa yang offer kerja – macam sesetengah parent/pakcik-makcik /kawan cakap. Aku rasa relevant experience tu penting. Kau approach company pun okay jugak. Kalau beratur panjang sangat dekat JobStreet, boleh jugak cari dekat Maukerja. Call lah staff yang berkaitan dalam job ads tu. Sebabkan kau seorang atau beberapa orang je call staff tu maybe dia nampak effort kau nak kerja tu. Jadi kau tak beratur panjang sangat lah. Selain tu kau boleh je kerja part-time dulu. Lebih lagi kalau ada transport.

So semoga berjaya lah kepada penganggur-penganggur di luar sana yang mencari-cari sesuatu passion untuk dikerjakan.

Ada apa dengan Bahasa?

6b636550-e785-417c-9e50-76141f2c48fb
Minta maaf, tak jumpa bahasa melayu punya stock image..

Bahasa. Sebuah aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Ia adalah sebuah medium untuk berkomunikasi. Dah tentu perkara macam ni semua orang tahu. Dan dah tentu juga tak ramai yang menganggap bahasa sebagai suatu aspek yang besar dalam kehidupan mereka. Sebagai seorang yang menghargai bahasa, biarlah saya yang menjadi penulis untuk menulis tentang bahasa. Mungkin lebih tepat lagi penaip. Haha! (ehem…)

Bahasa merupakan pemahaman terhadap manusia. Bahasa juga merupakan sebuah pemerhatian terhadap sifat manusia dan kemanusiaan. Nak sokong statement ni tak perlu pergi jauh pun, tengok je pada sekolah dah cukup. Apa yang kita belajar dalam subjek bahasa? Fikir kejap.. Jawab dalam hati.. ok. Mungkin ada yang cakap kita belajar menggunakan bahasa dengan betul, menyusun ayat, mengeja dan sebagainya.. Betul lah tu.. Semuanya kita ada buat masa kita hingusan dulu. La ni, sekarang level dah tinggi kita gunakan bahasa untuk menafsir apa yang orang cakap pula.

Mula dari sekolah menengah kita dah mula menafsir bahasa yang ditulis dalam buku-buku kesusasteraan. Dan dah tentu buku-buku sastera tu bukanlah ditulis oleh calang-calang orang. Orang yang menulis sastera dah tentu kemahirannya tinggi. Sebab itu kita belajar apa yang mereka tulis. Dan apa yang ditulis pula sudah tentu membawa pesanan-pesanan dan kritikannya tersendiri. Biasanya mengikut zaman. Lain zaman lainlah situasi masyarakat. Datangnya pejuang-pejuang sasterawan ini untuk membawa sebuah pemikiran sebagai pesanan mahupun kritikan. Pemikiran inilah yang akan sebenarnya kita bincangkan di institusi pendidikan.

e3ce
Nampak seronok cikgu mengajar.. Pinjam gambar ye cikgu..

Kritikan mungkin tak begitu ditekankan dalam sekolah kerajaan di Malaysia. Mungkin kerana budaya kita yang takut dengan konflik. Tapi saya secara peribadi dapat merasa perdebatan dan kritikan yang ditulis dalam sastera-sastera barat. Lebih-lebih lagi apabila diajar oleh guru-guru dari barat. Karya nusantara yang membawa perdebatan yang kuat saya selalu jumpa dalam karya Indonesia (Hamka, Habiburrahman El Shirazy). Karya melayu saya tak berapa baca. Kalau ada yang best dan bersifat kritikal tolonglah cadangkan. Tolong jangan cadang kisah macam Suami Playboy, Wifey Selfie. Maafkan saya kerana menilai berdasarkan tajuk. Tapi secara adilnya, tajuk macam ni sendiri membawa idea bahawa penulisan buku itu lebih menumpukan sebuah cerita pasangan yang kononnya sweet diinspirasikan daripada fantasi minda.

Karya sastera hanyalah salah satu bidang antara lain yang menzahirkan bahasa sebagai medan perjuangan. Aplikasi bahasa lebih terzahir dalam bidang seni, sama ada seni perfileman, seni lagu ataupun tentunya seni penulisan. Semua bidang ini merupakan medan penyampaian pemikiran kepada masyarakat. Dan saya yakin bagi pengarah-pengarah yang hebat, penulis-penulis yang hebat, bahawa mereka sangat menghargai nilai bahasa. Segala perkataan yang digunakan dalam karya mereka adalah penting untuk menyampaikan buah pemikiran mereka. Namun dah tentu perkataan sahaja tak lengkap tanpa cara penyampaian. Penggunaan nada, simbol, gambaran, atau watak adalah antara banyak elemen yang menguatkan impak penyampaian sesebuah mesej.

1-emirates-airline-festival-of-literature-2016-to-start-in-march-in-dubai

Di Malaysia, kita kekurangan karya yang memberi mesej tentang kehidupan. Banyak lagu dan novel hanya bercerita tentang percintaan. Kita kekurangan tema-tema yang lebih matang. Kita perlukan lagu-lagu seperti Awan Nano, Not Afraid, Dear Mr. President, Assalamualaikum dan Gemuruh antara beberapa yang lagu yang terfikir dalam benak kepala. Kita perlukan novel-novel macam Tuan Direktur, Animal Farm, Life of Pi, Ayat-Ayat Cinta dan Fathers and Sons sebagai contoh yang ada dalam kepala. Kita kekurangan novel-novel klasik seperti yang dimiliki negara-negara barat.

Kita bukanlah boleh mengalami semua perkara dalam dunia ini. Adakalanya, kita hanya dapat merasa dengan pembacaan. Maka sekiranya bangsa yang tidak membaca dan juga tidak menulis untuk dibaca, maka kuranglah pengetahuan kita, dan kuranglah juga pegangan hidup. Marilah kita memperkaya diri kita dengan membaca.

Duit Dan Akhirat

st_20140124_ringgit24_4009897e

Kenapa materialistik sangat tajuk post ni? Ya, mungkin itu lah yang anda akan fikir bila baca tajuk post kali ni. Antara tajuk lain yang saya terfikir untuk post kali ni juga adalah “Hutang dan Akhirat”. Tapi kenapa tajuk ini? Kenapa? Mungkin anda sedang tertanya-tanya dalam kepala lutut. Sebab rasa macam nak lutut je pasal dari tadi tak masuk point lagi.

Dunia ini bukanlah suatu tempat yang kekal. Namun, tak bermaksud kita tak memerlukan apa-apa di dunia ini. Kita perlu makan dan minum, dan juga tempat tinggal. Itulah perkara yang paling basic dalam hidup ni. Tapi nak beli rumah memanglah mahal. Jarang kita nampak orang beli rumah cash ratus-ratus ribu. Maka apa akibatnya? Akibatnya majoriti lah manusia di mana-mana pun berhutang.

Hutang ni boleh juga jadi satu nikmat sebab ia menolong kita dari segi pembayaran perkara yang kita tak mampu. Namun kalau kita ni jenis yang tak kisah berhutang dan tak reti nak bayar, memang alamatnya bertambah lah hutang di sini dan sana keliling pinggul. Berhutang itu tak apa. Tapi kalau tak bayar tu yang membuatkan berhutang itu jadi mudarat. Bukan saja kepada diri sendiri, tapi juga kepada pihak yang memberi hutang.

Ayat yang paling panjang dalam al-Quran menyebut tentang hutang. Antara isinya adalah supaya hutang dicatit. Ia menunjukkan betapa perlunya kita berhati-hati dalam berhutang. Bila kita berhutang, kita memegang duit orang, bukan duit kita. Apabila kita berhutang lama, sama ada dengan orang atau berhutang dengan bank, kita perlu ingat bahawa hidup kita juga bukannya lama. Tak ada jaminan yang mengatakan tahun depan kita mampu bayar hutang itu.

Bagaimana kalau kita bertemu ajal dulu sebelum hutang habis dibayar? Kita telah pun menganiaya orang yang masih hidup di saat kita berpisah dengan dunia. Dan di saat kita diadili di akhirat nanti, bagaimana pula pembalasan untuk kita sekiranya hutang orang lain (atau bank) belum kita selesaikan. Oh takpe, waris kan ada. Biar mereka yang tolong bayarkan.

Maka berhati-hatilah ketika berhutang. Seboleh-bolehnya elak berhutang sebanyak yang mungkin. Jangan terkejar-kejar sangat kemewahan dunia sampai di akhirat nanti disekat ke syurga kerana hutang. Namun jangan lupa pula mencari yang halal. Yang halal itu begitu banyak tersedia di atas bumi ini.

Biasiswa ke Luar Negara

senarai-biasiswa-2014

Kepada yang dapat result SPM bagus-bagus tu, tahniah diucapkan. Untonglah, boleh mohon biasiswa universiti. Saya terbaca blog spmleavers mengenai PROGRAM KHAS KEJURUTERAAN JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN TAHUN 2016. Saya ingin hurai lebih dalam mengenai program ini. Apa yang khasnya program ini? Well, pada pemerhatian saya, kelebihan program ini terletak pada tempat pembelajaran itu sendiri. Korea dan Jepun memiliki teknologi canggih yang paling berdekatan dengan negara kita. Kesannya lebih kepada availability teknologi dari sana ke dalam industri tempatan. Saya juga nak mencerahkan sikit bahawa syarikat Jepun dalam bidang engineering memang banyak macam cendawan di Malaysia ni. Jadi, kalau dapat berbahasa Jepun sendiri pun dah menjadi satu kelebihan di Malaysia. Tak begitu sure nak cakap apa pasal Korea selain teknologi alat eletronik (Samsung). Mungkin boleh research lebih lagi.

Perancis dan Jerman pula memiliki antara teknologi kejuruteraan yang paling advance di dunia. Pada saya kedua-dua negara ini ada banyak kelebihan dari segi automotive engineering. German adalah tuan kepada syarikat kereta-kereta berteknologi tinggi seperti Audi, BMW, Mercedes, Volkswagen dan Porsche. Manakala untuk France pula saya hanya mampu sebut Renault, Citroen dan Peugeot. Saya tak mampu sebut dengan yakin sehebat mana teknologi kereta France, namun saya boleh kata yang Alstom merupakan sebuah teknologi besar dalam Energy and Transport.

Saya rasa program ini agak ketat pengambilannya (7A dan tiada C antara syarat pengambilan). Memang wajarlah begitu, sebab ekonomi negara tidak kelihatan begitu bagus buat masa ini. Namun cubalah walaupun tak dapat 7A pun. Mana tahu kalau rezeki ketika interview melayakkan anda masuk program ini. Banyak juga biasiswa lain yang ditawarkan di dalam dan luar negara. Antaranya:

Selebihnya di http://www.biasiswa.info/blog.

Setiap tempat ada kelebihan dan keburukannya. Lain juga gaya hidup dan cabarannya. Yang paling penting ialah apa yang kita belajar dan apa yang mampu kita manfaatkan.

Apa nak buat dengan result SPM?

SPM merupakan satu perkara yang agak besar dalam hidup kita sebenarnya. Bagi yang excel dalam SPM, mereka boleh mohon scholarship aka biasiswa dengan macam-macam yayasan. Sebagai contoh, Khazanah, Sime Darby, TNB, Petronas, Maybank, macam-macam lagi lah. Kalau tak reti nak search try pergi ke biasiswa.info senang cerita. Berlambak scholarship yang dioffer di situ.

social-work-wordie

Tapi jalan scholarship ni paling sesuai kalau pelajar lepasan SPM dapat result bagus dan juga dah tahu nak pergi ke bidang mana. Sebab dah namanya scholarship, you (lepasan SPM) kena lah dapat result bagus secara konsisten. Kalau tak nanti company tu rasa buat apa nak bagi scholarship kalau you tak boleh study bidang yang kami nak expand? Yes, jangan ingat scholarship ni nak bagi saja-saja je. Swasta atau kerajaan, company yang sponsor you ni memang ada matlamatnya sendiri. Sama ada menambah bilangan tenaga pakar dalam industri itu sendiri, atau untuk kegunaan pejabat mereka (diikat dengan company untuk beberapa tahun).

Katakanlah you dah tahu nak kerja dalam bidang apa. Boleh lah cari bahan bacaan yang berkaitan dengan kerjaya tu. Masyuk ke tidak, masa depan cerah ke kelam, mampu belajar ke tidak, dan yang paling penting, adakah ini life yang you pilih? Bagi yang belum nampak jalan yang lurus, banyak juga perkara yang boleh dibuat. Tak perlu rushing untuk belajar ke mana-mana lagi, sebab kalau tak minat nanti takut sel-sel otak tak mampu nak hadam. Habis tu kalau tak belajar nak buat apa? Ha boleh lah cuba ambil setahun gap year. Buat macam-macam perkara yang membentuk vision dan mission dalam hidup, dan yang paling penting, explore lebih banyak pasal kehidupan.

explore-wallpaper

Gap year ni bagus kalau you betul-betul nak explore you punya minat. Bukannya untuk duduk rumah macam penganggur menghabiskan anggur di rumah sebab malas. Bacalah buku or bahan bacaan pasal industri-industri di Malaysia. Sejauh mana teknologi ketenteraan kita ni mampu mempertahankan negara? Industri apa yang tak banyak dibuat di Malaysia? Apa yang you rasa nak contribute untuk negara/society? Things like that. Join lah kerja-kerja volunteering di Malaysia ni, boleh juga kenal-kenal dengan orang yang sama minat dengan you. Pergi zoo ke, rumah orang tua ke, rumah anak yatim ke. Berniaga kecil-kecilan ke. Cuba bersembang dengan abang kakak mahupun pakcik makcik yang dah kerja, coffee talk sikit. Kalau sendiri tak dapat experience, cuba dapatkan orang punya experience. Perlu diingat perkara ni sangat subjektif dan sangat uncertain. Tapi kalau hati kental, otak kental, insyaAllah ia dapat mendidik banyak perkara tentang kehidupan. Kalau nak tahu pasal gap year, boleh baca pengalaman cik siti Celine Wan di sini pasal dia pernah buat.

Kadang-kadang ada juga yang terus kerja. Tak tahulah nak cakap tak bagus ke apa, sebab bergantung kepada rezeki juga. Jangan lah tak nak belajar sebab malas nak belajar. Dalam dunia ni nak buat apa pun kena ada ilmu. Kalau tak kerja di bawah aje lah. Asalkan ada keinginan untuk mencari ilmu, insyaAllah buat apa pun boleh. Kerja ternak lembu? Takpe. Belajar macam mana nak manfaatkan lembu tu. Nak buat baja ke, supply kulit untuk seat kereta ke, supply susu lembu ke, boleh takda masalah. Belajar banyak-banyak insyaAllah boleh dimanfaatkan. Kalau kerja mekanik mungkin satu hari nanti boleh buka bengkel sendiri. Silap hari bulan buat R&D dengan abam engineering. Buat enjin Perodua (pasal diorang guna enjin Jepun). Ataupun bila dah selalu main dengan kereta baru sambung belajar (automotive). Nanti confirm jadi budak pandai dalam kelas.

Dalam apa-apa hal pun, jangan lupa lain orang lain rezekinya. Jangan ingat orang yang ada degree je boleh berjaya. Orang yang pegang diploma, spm pun boleh berjaya. Asalkan attitude tu betul. Attitude terhadap ilmu, terhadap kehidupan, terhadap kesusahan dan terhadap manusia haruslah betul. Jangan sesekali berputus asa tanpa usaha. Jangan berputus asa walaupun dah berusaha dengan keras. Hidup ni memang susah. Tapi hidup kita bukan hanya berseorangan. Dengan nota tadi maka berakhirlah post kali ini. Semoga berjaya.

Apa yang Malaysia perlukan?

1-5
Negaraku

Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat cantik. Orang-orangnya cantik, macam buah hati saya. Keindahan semula jadi yang sangat wow! Makanannya sedap-sedap. Buminya kaya dengan hasil semula jadi oil & gas, kelapa sawit, getah dan macam-macam lagi. Merupakan negara Islam yang dihuni pelbagai kaum dan latar belakang. Namun, banyak juga masalah yang menyebabkan potensi negara tidak sampai ke tahap yang sepatutnya boleh dicapai.

Malaysia merupakan sebuah negara perdagangan. Kita import dan kita juga eksport. Kita beli komponen, kita pasang di Malaysia dan kita jual. Januari 2014, kita berada di tangga ke-8 dalam senarai nilai dagangan dengan China. Kita paling banyak eksport ke Singapore, dan paling banyak import dari China. Negara kita adalah yang ketiga terkaya dalam negara ASEAN selepas Brunei dan Singapore. Dari segi persaingan ekonomi antarabangsa, Malaysia berada di tangga ke-14 pada tahun 2015. Di sini kita lihat bahawa negara ini sangat berpotensi di pentas antarabangsa.

slide4
Statistik yang lebih detail di sini

Namun, apakah yang menghalang Malaysia dari menjadi negara maju? Adakah kerana kurangnya pendidikan? Adakah kerana kurangnya kesedaran? Adakah kerana kurangnya keinginan? Mungkin juga semuanya yang disebut tadi. Namun perbahasan kali ini lebih kepada kurangnya industri Research and Development. Kita hanya jual dan beli, dan tidak menghasilkan sesuatu teknologi yang boleh dijual dengan harga yang lebih mahal. Kita lebih menggunakan teknologi dari luar daripada menghasilkan teknologi sendiri. Sebagai contoh, menggunakan komponen dari Taiwan dan teknologi kilangnya untuk pemasangan di Malaysia.

Baguslah juga kalau industri itu boleh menghasilkan produk yang diguna pakai di tempat sendiri. Namun, sebahagian kerja susah seperti R&D dah pun siap dibuat sebelum teknologi itu sampai di Malaysia. Sebab itulah industri Malaysia tak banyak peluang pekerjaan yang berkepakaran tinggi. Mungkin kerana itulah lulusan ijazah kejuruteraan di Malaysia hanya diberi kerja mudah. Namun, Malaysia juga banyak menghantar pelajar ke luar negara. Kalau industri kita hanya membeli teknologi dan bukannya mencipta, adakah berbaloi pelaburan kerajaan untuk menghantar pelajar ke luar negara? Apakah yang diharapkan dengan menghantar pelajar mengaji di luar negara?

Perbelanjaan untuk sesi pembelajaran di negara maju jauh lebih mahal dari universiti tempatan. Bukan mahal hanya disebabkan nilai matawang yang tinggi, ia ditambah lagi dengan yuran tambahan pelajar antarabangsa. Bagi pengajian perubatan, ia mampu mencecah lebih sejuta matawang Malaysia. Untuk kejuruteraan pengajiannya mampu mencecah setengah juta. Terlalu jauh bezanya dengan yuran yang cuma berpuluh ribu di Malaysia. Akhirnya, individu itu bukanlah menjadi pejuang untuk memajukan tanah air, tapi lebih kepada berjuang untuk kehidupan diri sendiri.

Dah tentu nak mencipta suatu teknologi itu bukannya sekejap, dan ianya tak mudah. Jadi, belanjanya pun besar untuk menampung gaji researcher, tester, bahan, peralatan dan sebagainya. Malah ia merupakan satu proses yang tak semestinya menjamin suatu hasil. Daripada perbualan dengan seorang professor, saya dapati bahawa ada saja pelbagai syarikat yang berjumpa dengan penyelidik-penyelidik di universiti. Mereka memerlukan servis perundingan seperti penyelesaian untuk menambah baik teknologi yang mereka miliki. Namun, mereka tidak pergi sejauh menyediakan dana untuk R&D teknologi mereka sendiri. Sebabnya adalah belanja yang besar dan memakan masa yang lama.

campro-cps-engine-cutout
CamPro milik Proton

Maka adakah masalah Malaysia tidak menjadi negara maju terletak pada kurangnya industri berteknologi tinggi dan kurangnya R&D? Mungkin dari segi kejuruteraan, boleh kata inilah sebabnya. Tapi secara keseluruhan, mungkin kerana tiada keyakinan. Tiada passion dan tak berani mencuba. Mungkin inilah realiti yang kita perlu terima. Selagi kita tak berani mencuba, selagi itu lah kita hanya akan jadi penunggang teknologi orang sahaja.

Erti Hidup

Soalan yang agak cliche, “what is the meaning of life?”. Sedikit sebanyak kita akan jumpa orang yang cakap dunia ni sia-sia, ada yang cakap untuk bercucuk tanam, ada juga cakap untuk bersuka-ria. Okay lah tak kisah lah awok nak fikir macam mana, tapi satu perkara yang pasti adalah kematian. So dari situ kita cakap kita tak boleh lah bersuka ria sangat sampai tak ingat akhirat. Maka sekarang ni kita cakap beramal tu default setting. Semua orang akan beramal ikut kemampuan dalam hidup dia.

Nak hidup pula kita kena makan. Kalau kita dapat makan free hari-hari takpa lah tak payah kerja (takde lah tak apa sangat sebab kalau tak kerja nanti hidup tak produktif, baik takyah hidup). Katakanlah semua makanan tu tak free (which memang tak free pun), maka kita kenalah berusaha untuk dapatkan makanan tu. Kalau ikut zaman dulu mungkin bercucuk tanam, menternak, berdagang etc. Sekarang ni kalau nak makan kenalah guna duit. Maka kita tutup majlis kali ni dengan temanya “hidup ini untuk makan”.

sswf-nasilemak
Erti kehidupan.

Tak juga. Makan itu untuk kelangsungan hidup je. Supaya untuk hari itu kita ada tenaga, dan supaya esok kita boleh teruskan hidup. Maka persoalan sebenarnya, apa yang kita nak buat dalam hidup? Ada yang memberi ceramah agama supaya saham amalan pendengar ceramah tu dapat juga dibawa ke akhirat nanti. Ada yang jual makanan supaya orang lain pub boleh makan. Ada yang hidup untuk mengembara serata dunia. Tak kurang ramai juga yang masih belum tahu apa dia nak buat dalam hidup. Kalau tak tahu tu kenalah banyakkan membaca dan cuba lah perkara yang kita tak pernah buat. Satu masa nanti jumpa lah minat tu di mana.

Membaca tu penting sebab biasanya kita akan didedahkan dengan cara pandang penulis itu sendiri. Mereka yang menulis ni bukan suka-suka je menulis. Biasanya ada lah mesej yang nak disampaikan. Dari penulisan Ustaz Hasrizal dalam “Aku Terima Nikahnya” contohnya, kita boleh nampak dia nak bagitahu susahnya hidup selepas kahwin ni. Kadang-kadang boleh manage, kadang-kadang susah sikit. Kita juga boleh nampak macam mana peranan seorang bapa itu begitu penting dalam membentuk  cara pandang dalam hidup. Cara pandang dalam hidup ni lah yang akan membentuk cara hidup, prinsip yang kita pegang, dan juga matlamat yang kita nak capai. Kita juga akan melihat dunia dari pandangan yang lebih luas berdasarkan dari bahan bacaan kita tadi.

quotes-reading-furnishes_15690-1
Dah baca tu jangan lupa berfikir pula

Kelebihannya kalau pandangan kita ni luas, kita akan nampak bahawa terdapat banyaknya cara untuk hidup… Banyak perkara yang boleh dibuat dalam hidup ini untuk mencari makan. Dan banyak juga cara untuk beramal demi hari mati kemudian. Kadang-kadang kita tak nampak bagaimana membuat baja boleh menambah amalan kita di akhirat nanti. Jika baja tadi digunakan supaya pekebun boleh menyara hidup mereka dengan rezeki yang halal, tak ke kita terima sebahagian amal mereka? Mungkin tak semestinya, tapi insyaAllah kalau betul niatnya.

Manusia ni ada yang hidup untuk diri sendiri, ada juga yang hidup untuk orang lain. Ada juga yang duduk di antara dua tu. Satu perkara untuk diingatkan, kita ni hidup bukan seorang saja di bumi ni. Kita hidup dalam komuniti. Dan dalam setiap komuniti adanya keperluan. Contohnya pendidikan, kemajuan teknologi, perdagangan, pentadbiran dan sebagainya. Seperti contoh baja tadi, sekiranya baja itu dibuat untuk cukup kegunaan diri sendiri sahaja, maka sendiri saja lah yang menerima manfaatnya. Jika dibuat lebih sehingga pekebun lain pun boleh beli, maka bukan sahaja membantu pekebun lain, malah dapat menyara diri sendiri dengan jual baja. Ehem.. Pengaruh bisnes di situ..

Sudah tentu kehidupan akhirat lah yang paling layak diutamakan, namun kita juga tak boleh tinggalkan dunia. Namun, ada juga yang kerja tak ingat dunia macam dia tak ingat akhirat. Jadi, kerja lah sebanyak mana yang boleh, cuma cari lah balance antara dunia dan akhirat nanti. Kerja itu pun ibadah, yang juga boleh menambahkan amal. Maka la la la kerjalah…