Apa yang Malaysia perlukan?

1-5
Negaraku

Malaysia merupakan sebuah negara yang sangat cantik. Orang-orangnya cantik, macam buah hati saya. Keindahan semula jadi yang sangat wow! Makanannya sedap-sedap. Buminya kaya dengan hasil semula jadi oil & gas, kelapa sawit, getah dan macam-macam lagi. Merupakan negara Islam yang dihuni pelbagai kaum dan latar belakang. Namun, banyak juga masalah yang menyebabkan potensi negara tidak sampai ke tahap yang sepatutnya boleh dicapai.

Malaysia merupakan sebuah negara perdagangan. Kita import dan kita juga eksport. Kita beli komponen, kita pasang di Malaysia dan kita jual. Januari 2014, kita berada di tangga ke-8 dalam senarai nilai dagangan dengan China. Kita paling banyak eksport ke Singapore, dan paling banyak import dari China. Negara kita adalah yang ketiga terkaya dalam negara ASEAN selepas Brunei dan Singapore. Dari segi persaingan ekonomi antarabangsa, Malaysia berada di tangga ke-14 pada tahun 2015. Di sini kita lihat bahawa negara ini sangat berpotensi di pentas antarabangsa.

slide4
Statistik yang lebih detail di sini

Namun, apakah yang menghalang Malaysia dari menjadi negara maju? Adakah kerana kurangnya pendidikan? Adakah kerana kurangnya kesedaran? Adakah kerana kurangnya keinginan? Mungkin juga semuanya yang disebut tadi. Namun perbahasan kali ini lebih kepada kurangnya industri Research and Development. Kita hanya jual dan beli, dan tidak menghasilkan sesuatu teknologi yang boleh dijual dengan harga yang lebih mahal. Kita lebih menggunakan teknologi dari luar daripada menghasilkan teknologi sendiri. Sebagai contoh, menggunakan komponen dari Taiwan dan teknologi kilangnya untuk pemasangan di Malaysia.

Baguslah juga kalau industri itu boleh menghasilkan produk yang diguna pakai di tempat sendiri. Namun, sebahagian kerja susah seperti R&D dah pun siap dibuat sebelum teknologi itu sampai di Malaysia. Sebab itulah industri Malaysia tak banyak peluang pekerjaan yang berkepakaran tinggi. Mungkin kerana itulah lulusan ijazah kejuruteraan di Malaysia hanya diberi kerja mudah. Namun, Malaysia juga banyak menghantar pelajar ke luar negara. Kalau industri kita hanya membeli teknologi dan bukannya mencipta, adakah berbaloi pelaburan kerajaan untuk menghantar pelajar ke luar negara? Apakah yang diharapkan dengan menghantar pelajar mengaji di luar negara?

Perbelanjaan untuk sesi pembelajaran di negara maju jauh lebih mahal dari universiti tempatan. Bukan mahal hanya disebabkan nilai matawang yang tinggi, ia ditambah lagi dengan yuran tambahan pelajar antarabangsa. Bagi pengajian perubatan, ia mampu mencecah lebih sejuta matawang Malaysia. Untuk kejuruteraan pengajiannya mampu mencecah setengah juta. Terlalu jauh bezanya dengan yuran yang cuma berpuluh ribu di Malaysia. Akhirnya, individu itu bukanlah menjadi pejuang untuk memajukan tanah air, tapi lebih kepada berjuang untuk kehidupan diri sendiri.

Dah tentu nak mencipta suatu teknologi itu bukannya sekejap, dan ianya tak mudah. Jadi, belanjanya pun besar untuk menampung gaji researcher, tester, bahan, peralatan dan sebagainya. Malah ia merupakan satu proses yang tak semestinya menjamin suatu hasil. Daripada perbualan dengan seorang professor, saya dapati bahawa ada saja pelbagai syarikat yang berjumpa dengan penyelidik-penyelidik di universiti. Mereka memerlukan servis perundingan seperti penyelesaian untuk menambah baik teknologi yang mereka miliki. Namun, mereka tidak pergi sejauh menyediakan dana untuk R&D teknologi mereka sendiri. Sebabnya adalah belanja yang besar dan memakan masa yang lama.

campro-cps-engine-cutout
CamPro milik Proton

Maka adakah masalah Malaysia tidak menjadi negara maju terletak pada kurangnya industri berteknologi tinggi dan kurangnya R&D? Mungkin dari segi kejuruteraan, boleh kata inilah sebabnya. Tapi secara keseluruhan, mungkin kerana tiada keyakinan. Tiada passion dan tak berani mencuba. Mungkin inilah realiti yang kita perlu terima. Selagi kita tak berani mencuba, selagi itu lah kita hanya akan jadi penunggang teknologi orang sahaja.

Advertisements

2 thoughts on “Apa yang Malaysia perlukan?

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s