Ada apa dengan Bahasa?

6b636550-e785-417c-9e50-76141f2c48fb
Minta maaf, tak jumpa bahasa melayu punya stock image..

Bahasa. Sebuah aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Ia adalah sebuah medium untuk berkomunikasi. Dah tentu perkara macam ni semua orang tahu. Dan dah tentu juga tak ramai yang menganggap bahasa sebagai suatu aspek yang besar dalam kehidupan mereka. Sebagai seorang yang menghargai bahasa, biarlah saya yang menjadi penulis untuk menulis tentang bahasa. Mungkin lebih tepat lagi penaip. Haha! (ehem…)

Bahasa merupakan pemahaman terhadap manusia. Bahasa juga merupakan sebuah pemerhatian terhadap sifat manusia dan kemanusiaan. Nak sokong statement ni tak perlu pergi jauh pun, tengok je pada sekolah dah cukup. Apa yang kita belajar dalam subjek bahasa? Fikir kejap.. Jawab dalam hati.. ok. Mungkin ada yang cakap kita belajar menggunakan bahasa dengan betul, menyusun ayat, mengeja dan sebagainya.. Betul lah tu.. Semuanya kita ada buat masa kita hingusan dulu. La ni, sekarang level dah tinggi kita gunakan bahasa untuk menafsir apa yang orang cakap pula.

Mula dari sekolah menengah kita dah mula menafsir bahasa yang ditulis dalam buku-buku kesusasteraan. Dan dah tentu buku-buku sastera tu bukanlah ditulis oleh calang-calang orang. Orang yang menulis sastera dah tentu kemahirannya tinggi. Sebab itu kita belajar apa yang mereka tulis. Dan apa yang ditulis pula sudah tentu membawa pesanan-pesanan dan kritikannya tersendiri. Biasanya mengikut zaman. Lain zaman lainlah situasi masyarakat. Datangnya pejuang-pejuang sasterawan ini untuk membawa sebuah pemikiran sebagai pesanan mahupun kritikan. Pemikiran inilah yang akan sebenarnya kita bincangkan di institusi pendidikan.

e3ce
Nampak seronok cikgu mengajar.. Pinjam gambar ye cikgu..

Kritikan mungkin tak begitu ditekankan dalam sekolah kerajaan di Malaysia. Mungkin kerana budaya kita yang takut dengan konflik. Tapi saya secara peribadi dapat merasa perdebatan dan kritikan yang ditulis dalam sastera-sastera barat. Lebih-lebih lagi apabila diajar oleh guru-guru dari barat. Karya nusantara yang membawa perdebatan yang kuat saya selalu jumpa dalam karya Indonesia (Hamka, Habiburrahman El Shirazy). Karya melayu saya tak berapa baca. Kalau ada yang best dan bersifat kritikal tolonglah cadangkan. Tolong jangan cadang kisah macam Suami Playboy, Wifey Selfie. Maafkan saya kerana menilai berdasarkan tajuk. Tapi secara adilnya, tajuk macam ni sendiri membawa idea bahawa penulisan buku itu lebih menumpukan sebuah cerita pasangan yang kononnya sweet diinspirasikan daripada fantasi minda.

Karya sastera hanyalah salah satu bidang antara lain yang menzahirkan bahasa sebagai medan perjuangan. Aplikasi bahasa lebih terzahir dalam bidang seni, sama ada seni perfileman, seni lagu ataupun tentunya seni penulisan. Semua bidang ini merupakan medan penyampaian pemikiran kepada masyarakat. Dan saya yakin bagi pengarah-pengarah yang hebat, penulis-penulis yang hebat, bahawa mereka sangat menghargai nilai bahasa. Segala perkataan yang digunakan dalam karya mereka adalah penting untuk menyampaikan buah pemikiran mereka. Namun dah tentu perkataan sahaja tak lengkap tanpa cara penyampaian. Penggunaan nada, simbol, gambaran, atau watak adalah antara banyak elemen yang menguatkan impak penyampaian sesebuah mesej.

1-emirates-airline-festival-of-literature-2016-to-start-in-march-in-dubai

Di Malaysia, kita kekurangan karya yang memberi mesej tentang kehidupan. Banyak lagu dan novel hanya bercerita tentang percintaan. Kita kekurangan tema-tema yang lebih matang. Kita perlukan lagu-lagu seperti Awan Nano, Not Afraid, Dear Mr. President, Assalamualaikum dan Gemuruh antara beberapa yang lagu yang terfikir dalam benak kepala. Kita perlukan novel-novel macam Tuan Direktur, Animal Farm, Life of Pi, Ayat-Ayat Cinta dan Fathers and Sons sebagai contoh yang ada dalam kepala. Kita kekurangan novel-novel klasik seperti yang dimiliki negara-negara barat.

Kita bukanlah boleh mengalami semua perkara dalam dunia ini. Adakalanya, kita hanya dapat merasa dengan pembacaan. Maka sekiranya bangsa yang tidak membaca dan juga tidak menulis untuk dibaca, maka kuranglah pengetahuan kita, dan kuranglah juga pegangan hidup. Marilah kita memperkaya diri kita dengan membaca.

Advertisements

What do you think?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s