Ada apa dengan Bahasa?

6b636550-e785-417c-9e50-76141f2c48fb
Minta maaf, tak jumpa bahasa melayu punya stock image..

Bahasa. Sebuah aspek yang penting dalam kehidupan manusia. Ia adalah sebuah medium untuk berkomunikasi. Dah tentu perkara macam ni semua orang tahu. Dan dah tentu juga tak ramai yang menganggap bahasa sebagai suatu aspek yang besar dalam kehidupan mereka. Sebagai seorang yang menghargai bahasa, biarlah saya yang menjadi penulis untuk menulis tentang bahasa. Mungkin lebih tepat lagi penaip. Haha! (ehem…)

Bahasa merupakan pemahaman terhadap manusia. Bahasa juga merupakan sebuah pemerhatian terhadap sifat manusia dan kemanusiaan. Nak sokong statement ni tak perlu pergi jauh pun, tengok je pada sekolah dah cukup. Apa yang kita belajar dalam subjek bahasa? Fikir kejap.. Jawab dalam hati.. ok. Mungkin ada yang cakap kita belajar menggunakan bahasa dengan betul, menyusun ayat, mengeja dan sebagainya.. Betul lah tu.. Semuanya kita ada buat masa kita hingusan dulu. La ni, sekarang level dah tinggi kita gunakan bahasa untuk menafsir apa yang orang cakap pula.

Mula dari sekolah menengah kita dah mula menafsir bahasa yang ditulis dalam buku-buku kesusasteraan. Dan dah tentu buku-buku sastera tu bukanlah ditulis oleh calang-calang orang. Orang yang menulis sastera dah tentu kemahirannya tinggi. Sebab itu kita belajar apa yang mereka tulis. Dan apa yang ditulis pula sudah tentu membawa pesanan-pesanan dan kritikannya tersendiri. Biasanya mengikut zaman. Lain zaman lainlah situasi masyarakat. Datangnya pejuang-pejuang sasterawan ini untuk membawa sebuah pemikiran sebagai pesanan mahupun kritikan. Pemikiran inilah yang akan sebenarnya kita bincangkan di institusi pendidikan.

e3ce
Nampak seronok cikgu mengajar.. Pinjam gambar ye cikgu..

Kritikan mungkin tak begitu ditekankan dalam sekolah kerajaan di Malaysia. Mungkin kerana budaya kita yang takut dengan konflik. Tapi saya secara peribadi dapat merasa perdebatan dan kritikan yang ditulis dalam sastera-sastera barat. Lebih-lebih lagi apabila diajar oleh guru-guru dari barat. Karya nusantara yang membawa perdebatan yang kuat saya selalu jumpa dalam karya Indonesia (Hamka, Habiburrahman El Shirazy). Karya melayu saya tak berapa baca. Kalau ada yang best dan bersifat kritikal tolonglah cadangkan. Tolong jangan cadang kisah macam Suami Playboy, Wifey Selfie. Maafkan saya kerana menilai berdasarkan tajuk. Tapi secara adilnya, tajuk macam ni sendiri membawa idea bahawa penulisan buku itu lebih menumpukan sebuah cerita pasangan yang kononnya sweet diinspirasikan daripada fantasi minda.

Karya sastera hanyalah salah satu bidang antara lain yang menzahirkan bahasa sebagai medan perjuangan. Aplikasi bahasa lebih terzahir dalam bidang seni, sama ada seni perfileman, seni lagu ataupun tentunya seni penulisan. Semua bidang ini merupakan medan penyampaian pemikiran kepada masyarakat. Dan saya yakin bagi pengarah-pengarah yang hebat, penulis-penulis yang hebat, bahawa mereka sangat menghargai nilai bahasa. Segala perkataan yang digunakan dalam karya mereka adalah penting untuk menyampaikan buah pemikiran mereka. Namun dah tentu perkataan sahaja tak lengkap tanpa cara penyampaian. Penggunaan nada, simbol, gambaran, atau watak adalah antara banyak elemen yang menguatkan impak penyampaian sesebuah mesej.

1-emirates-airline-festival-of-literature-2016-to-start-in-march-in-dubai

Di Malaysia, kita kekurangan karya yang memberi mesej tentang kehidupan. Banyak lagu dan novel hanya bercerita tentang percintaan. Kita kekurangan tema-tema yang lebih matang. Kita perlukan lagu-lagu seperti Awan Nano, Not Afraid, Dear Mr. President, Assalamualaikum dan Gemuruh antara beberapa yang lagu yang terfikir dalam benak kepala. Kita perlukan novel-novel macam Tuan Direktur, Animal Farm, Life of Pi, Ayat-Ayat Cinta dan Fathers and Sons sebagai contoh yang ada dalam kepala. Kita kekurangan novel-novel klasik seperti yang dimiliki negara-negara barat.

Kita bukanlah boleh mengalami semua perkara dalam dunia ini. Adakalanya, kita hanya dapat merasa dengan pembacaan. Maka sekiranya bangsa yang tidak membaca dan juga tidak menulis untuk dibaca, maka kuranglah pengetahuan kita, dan kuranglah juga pegangan hidup. Marilah kita memperkaya diri kita dengan membaca.

Biasiswa ke Luar Negara

senarai-biasiswa-2014

Kepada yang dapat result SPM bagus-bagus tu, tahniah diucapkan. Untonglah, boleh mohon biasiswa universiti. Saya terbaca blog spmleavers mengenai PROGRAM KHAS KEJURUTERAAN JEPUN, KOREA, PERANCIS DAN JERMAN TAHUN 2016. Saya ingin hurai lebih dalam mengenai program ini. Apa yang khasnya program ini? Well, pada pemerhatian saya, kelebihan program ini terletak pada tempat pembelajaran itu sendiri. Korea dan Jepun memiliki teknologi canggih yang paling berdekatan dengan negara kita. Kesannya lebih kepada availability teknologi dari sana ke dalam industri tempatan. Saya juga nak mencerahkan sikit bahawa syarikat Jepun dalam bidang engineering memang banyak macam cendawan di Malaysia ni. Jadi, kalau dapat berbahasa Jepun sendiri pun dah menjadi satu kelebihan di Malaysia. Tak begitu sure nak cakap apa pasal Korea selain teknologi alat eletronik (Samsung). Mungkin boleh research lebih lagi.

Perancis dan Jerman pula memiliki antara teknologi kejuruteraan yang paling advance di dunia. Pada saya kedua-dua negara ini ada banyak kelebihan dari segi automotive engineering. German adalah tuan kepada syarikat kereta-kereta berteknologi tinggi seperti Audi, BMW, Mercedes, Volkswagen dan Porsche. Manakala untuk France pula saya hanya mampu sebut Renault, Citroen dan Peugeot. Saya tak mampu sebut dengan yakin sehebat mana teknologi kereta France, namun saya boleh kata yang Alstom merupakan sebuah teknologi besar dalam Energy and Transport.

Saya rasa program ini agak ketat pengambilannya (7A dan tiada C antara syarat pengambilan). Memang wajarlah begitu, sebab ekonomi negara tidak kelihatan begitu bagus buat masa ini. Namun cubalah walaupun tak dapat 7A pun. Mana tahu kalau rezeki ketika interview melayakkan anda masuk program ini. Banyak juga biasiswa lain yang ditawarkan di dalam dan luar negara. Antaranya:

Selebihnya di http://www.biasiswa.info/blog.

Setiap tempat ada kelebihan dan keburukannya. Lain juga gaya hidup dan cabarannya. Yang paling penting ialah apa yang kita belajar dan apa yang mampu kita manfaatkan.

Apa nak buat dengan result SPM?

SPM merupakan satu perkara yang agak besar dalam hidup kita sebenarnya. Bagi yang excel dalam SPM, mereka boleh mohon scholarship aka biasiswa dengan macam-macam yayasan. Sebagai contoh, Khazanah, Sime Darby, TNB, Petronas, Maybank, macam-macam lagi lah. Kalau tak reti nak search try pergi ke biasiswa.info senang cerita. Berlambak scholarship yang dioffer di situ.

social-work-wordie

Tapi jalan scholarship ni paling sesuai kalau pelajar lepasan SPM dapat result bagus dan juga dah tahu nak pergi ke bidang mana. Sebab dah namanya scholarship, you (lepasan SPM) kena lah dapat result bagus secara konsisten. Kalau tak nanti company tu rasa buat apa nak bagi scholarship kalau you tak boleh study bidang yang kami nak expand? Yes, jangan ingat scholarship ni nak bagi saja-saja je. Swasta atau kerajaan, company yang sponsor you ni memang ada matlamatnya sendiri. Sama ada menambah bilangan tenaga pakar dalam industri itu sendiri, atau untuk kegunaan pejabat mereka (diikat dengan company untuk beberapa tahun).

Katakanlah you dah tahu nak kerja dalam bidang apa. Boleh lah cari bahan bacaan yang berkaitan dengan kerjaya tu. Masyuk ke tidak, masa depan cerah ke kelam, mampu belajar ke tidak, dan yang paling penting, adakah ini life yang you pilih? Bagi yang belum nampak jalan yang lurus, banyak juga perkara yang boleh dibuat. Tak perlu rushing untuk belajar ke mana-mana lagi, sebab kalau tak minat nanti takut sel-sel otak tak mampu nak hadam. Habis tu kalau tak belajar nak buat apa? Ha boleh lah cuba ambil setahun gap year. Buat macam-macam perkara yang membentuk vision dan mission dalam hidup, dan yang paling penting, explore lebih banyak pasal kehidupan.

explore-wallpaper

Gap year ni bagus kalau you betul-betul nak explore you punya minat. Bukannya untuk duduk rumah macam penganggur menghabiskan anggur di rumah sebab malas. Bacalah buku or bahan bacaan pasal industri-industri di Malaysia. Sejauh mana teknologi ketenteraan kita ni mampu mempertahankan negara? Industri apa yang tak banyak dibuat di Malaysia? Apa yang you rasa nak contribute untuk negara/society? Things like that. Join lah kerja-kerja volunteering di Malaysia ni, boleh juga kenal-kenal dengan orang yang sama minat dengan you. Pergi zoo ke, rumah orang tua ke, rumah anak yatim ke. Berniaga kecil-kecilan ke. Cuba bersembang dengan abang kakak mahupun pakcik makcik yang dah kerja, coffee talk sikit. Kalau sendiri tak dapat experience, cuba dapatkan orang punya experience. Perlu diingat perkara ni sangat subjektif dan sangat uncertain. Tapi kalau hati kental, otak kental, insyaAllah ia dapat mendidik banyak perkara tentang kehidupan. Kalau nak tahu pasal gap year, boleh baca pengalaman cik siti Celine Wan di sini pasal dia pernah buat.

Kadang-kadang ada juga yang terus kerja. Tak tahulah nak cakap tak bagus ke apa, sebab bergantung kepada rezeki juga. Jangan lah tak nak belajar sebab malas nak belajar. Dalam dunia ni nak buat apa pun kena ada ilmu. Kalau tak kerja di bawah aje lah. Asalkan ada keinginan untuk mencari ilmu, insyaAllah buat apa pun boleh. Kerja ternak lembu? Takpe. Belajar macam mana nak manfaatkan lembu tu. Nak buat baja ke, supply kulit untuk seat kereta ke, supply susu lembu ke, boleh takda masalah. Belajar banyak-banyak insyaAllah boleh dimanfaatkan. Kalau kerja mekanik mungkin satu hari nanti boleh buka bengkel sendiri. Silap hari bulan buat R&D dengan abam engineering. Buat enjin Perodua (pasal diorang guna enjin Jepun). Ataupun bila dah selalu main dengan kereta baru sambung belajar (automotive). Nanti confirm jadi budak pandai dalam kelas.

Dalam apa-apa hal pun, jangan lupa lain orang lain rezekinya. Jangan ingat orang yang ada degree je boleh berjaya. Orang yang pegang diploma, spm pun boleh berjaya. Asalkan attitude tu betul. Attitude terhadap ilmu, terhadap kehidupan, terhadap kesusahan dan terhadap manusia haruslah betul. Jangan sesekali berputus asa tanpa usaha. Jangan berputus asa walaupun dah berusaha dengan keras. Hidup ni memang susah. Tapi hidup kita bukan hanya berseorangan. Dengan nota tadi maka berakhirlah post kali ini. Semoga berjaya.