Duit Dan Akhirat

st_20140124_ringgit24_4009897e

Kenapa materialistik sangat tajuk post ni? Ya, mungkin itu lah yang anda akan fikir bila baca tajuk post kali ni. Antara tajuk lain yang saya terfikir untuk post kali ni juga adalah “Hutang dan Akhirat”. Tapi kenapa tajuk ini? Kenapa? Mungkin anda sedang tertanya-tanya dalam kepala lutut. Sebab rasa macam nak lutut je pasal dari tadi tak masuk point lagi.

Dunia ini bukanlah suatu tempat yang kekal. Namun, tak bermaksud kita tak memerlukan apa-apa di dunia ini. Kita perlu makan dan minum, dan juga tempat tinggal. Itulah perkara yang paling basic dalam hidup ni. Tapi nak beli rumah memanglah mahal. Jarang kita nampak orang beli rumah cash ratus-ratus ribu. Maka apa akibatnya? Akibatnya majoriti lah manusia di mana-mana pun berhutang.

Hutang ni boleh juga jadi satu nikmat sebab ia menolong kita dari segi pembayaran perkara yang kita tak mampu. Namun kalau kita ni jenis yang tak kisah berhutang dan tak reti nak bayar, memang alamatnya bertambah lah hutang di sini dan sana keliling pinggul. Berhutang itu tak apa. Tapi kalau tak bayar tu yang membuatkan berhutang itu jadi mudarat. Bukan saja kepada diri sendiri, tapi juga kepada pihak yang memberi hutang.

Ayat yang paling panjang dalam al-Quran menyebut tentang hutang. Antara isinya adalah supaya hutang dicatit. Ia menunjukkan betapa perlunya kita berhati-hati dalam berhutang. Bila kita berhutang, kita memegang duit orang, bukan duit kita. Apabila kita berhutang lama, sama ada dengan orang atau berhutang dengan bank, kita perlu ingat bahawa hidup kita juga bukannya lama. Tak ada jaminan yang mengatakan tahun depan kita mampu bayar hutang itu.

Bagaimana kalau kita bertemu ajal dulu sebelum hutang habis dibayar? Kita telah pun menganiaya orang yang masih hidup di saat kita berpisah dengan dunia. Dan di saat kita diadili di akhirat nanti, bagaimana pula pembalasan untuk kita sekiranya hutang orang lain (atau bank) belum kita selesaikan. Oh takpe, waris kan ada. Biar mereka yang tolong bayarkan.

Maka berhati-hatilah ketika berhutang. Seboleh-bolehnya elak berhutang sebanyak yang mungkin. Jangan terkejar-kejar sangat kemewahan dunia sampai di akhirat nanti disekat ke syurga kerana hutang. Namun jangan lupa pula mencari yang halal. Yang halal itu begitu banyak tersedia di atas bumi ini.

Advertisements