Sementara Anggur Ditanam

Interview3
Situasi acah-acah sebenar

Alright, Mr. Ahmed. How do you sell yourself?” Sepatutnya soalan ni senang je. Tapi bila dah sangkut dengan soalan susah tadi otak dah mula blank. Mental breakdown pun ada juga sikit.

Tell me why would we hire you. How would the company benefit from you?” Ah sudah. Maksudnya dia nak tahu apa kerja yang aku akan buat nanti ke camne.. Soalan ni high level ke simple je? Adeh. Macam nak lari je dari bilik ni. Kalau ikutkan hati bukannya nak kerja sangat dengan company ni. Kalau kerja pun setakat apa yang dia expect dekat job description je lah. Tapi disebabkan menganggur lama dan tak ada duit, kenalah kurangkan nafsu memilih.

So if I’m hired, I would do everything that I’m supposed to do to make sure everything goes according to plan. I would use my passion for automotive industry in this company for the time being.” Kah kah kah. Bagus betul pergi jujur cakap pasal passion dalam automotive dekat company lain. Memang tinggal harapan aje lah anak oi kalau nak dapat kerja. Otak oh otak. Kenapa kau buat aku macam ni? Hati ooi hati!!

Maka nampak gayanya, besar kemungkinan aku takkan dapat kerja ni. Dah la soalan pasal projek sendiri tak dapat explain. Jual diri pun tak reti. Handphone pun mati. Nasib, nasib..

Tapi sebabkan nak jaga hati, aku ingatkan diri ni semua yang berlaku tadi taklah teruk mana. Cuma agak tak ready sebab dapat call untuk interview pun sehari sebelum, dengan berapa lamanya dah tak pergi interview, soalan pun agak susah. Soalan pasal “sell me this project” ala-ala businessman. Memang tak sangka dapat soalan ni. Memang tak dapat jawab. Setahu aku, crash test memang untuk research je. Takde pulak untuk jual-jual. So dalam tempoh buat projek tu fikir buat kerja yang ditugaskan je lah. Pun begitu, aku goreng jugak lah cakap yang collision basikal dan kereta tu kemudiannya boleh disimulate dalam software 3D. Dapat jugak lah tutup mulut dia walaupun muka dia macam tak puas hati sangat.

Takpe, cerita dah lepas. Hari ni kita reflect balik pengajaran-pengajaran yang kita belajar hari ni.

Secara automatik, aku memang akan cari application dari apa yang aku belajar dalam dunia sebenar. Tapi dari apa yang aku belajar, sangatlah susah nak cari kaitannya. Sebabnya, perkara yang diajar sangatlah spesifik sampai tak nampak gambaran yang lebih luas. Lagi satu, perkara yang diajar tu menimbulkan persoalan. Sama ada bila dah kerja nanti aku nak buat Mohr’s circle mahupun plane stress atau plane strain sepanjang kerjaya nanti. Mungkin expectaion aku sebelum masuk kursus mechanical engineering ni lebih kepada mengkaji teknologi. Realitinya apa yang diajar adalah pasal kenapa dan kenapa komponen besi jadi begitu dan begitu.. Kalau ada orang mintak nasihat aku, kalau nak faham engineering cuba lah buat 3D drawing paling detail untuk enjin contohnya. Banyak konsep yang boleh diguna pakai bukan sahaja untuk faham subjek yang diajar, tapi juga untuk faham halatuju kerjaya bila dah kerja nanti.

2000px-mohr_circle_plane_stress_pole-svg
Inilah yang berlaku kalau sebuah komponen dikenakan force. Mesti faham, kan?

Kalau nak pergi interview, pastikan bateri fon cukup. Encik Company pesan manalah tahu kalau dia nak call kalau kita lambat ke apa. So lagi bagus kalau bateri cukup. Aku masa tengah interview tu fon mati. Sampai dia suruh guna fon dia. Terpaksa buat macho.

Walaupun jawapan I am hardworking, responsible, dan sewaktu dengannya nampak macam simple dan sesiapa pun boleh cakap, ia dapat menyedapkan hati interviewer. Maka cakaplah awak ni baik. Awak ni rajin. Awak ni belajar laju, tak payah orang jaga. Cuma jangan tak reti jawab kalau dia tanya “how do you elaborate on that?”.

Jawapan kepada soalan ini macam biasa lah.. Ada yang jujur, ada yang tak jujur, ada yang goreng tapi tak kena, ada yang goreng tapi boleh guna. Aku paling suka jawab ikut hati. Kalau aku rasa benda tu aku suka memang senang aku jawab. Tapi kalau benda tu aku tak berapa minat, memang lah akan bersimpul-simpul ayat supaya tak nampak sangat tak minat.

Cakap pasal minat, selama aku belajar di universiti hari tu, aku masih tak jumpa bidang mekanikal yang aku minat. Ya lah, jenis yang duduk rumah dan tak membaca, mana nak tahu dunia industri? Dah habis belajar tu mula lah membaca, sebab tak ada apa nak dibuat.

long_road_w1
Sebuah pengembaraan mencari erti pada hidup untuk mereka yang masih hidup, dan untuk diri yang akan mati satu hari nanti..

Sepanjang masa aku menganggur dan membaca ni, banyak jugak perkara yang aku discover pasal diri sendiri. Contohnya, aku lebih minat membaca pasal pendidikan daripada buku cerita. Pembacaan aku lebih kepada kenegaraan walaupun aku dah fed up dengan drama-drama politik dan sebagainya.

Contoh perkara yang aku discover ialah macam mana negara punya currency ni bertukar angka bila nilai eksport kita lebih daripada nilai import. Ini dapat daripada bacaan yang lebih kepada ekonomi dunia. Mungkin semua dah tahu oil & gas penyumbang terbesar ekonomi negara, tapi mungkin ramai juga tak tahu dekat Malaysia ni R&D tak hebat. R&D ni satu topik jugak, tapi basically analoginya macam TV baru dan TV lama. Yang mana lagi mahal? dah tentunya TV baru sebab teknologinya lebih canggih. Bayangkan kalau Malaysia yang buat TV baru ni. Dah tentu boleh eksport ke luar negara dan ramai orang nak beli. Maka dari situ lah duit dari luar boleh masuk dalam negara, dan negara menjadi kaya.

Itu antara perkara yang aku belajar lah. Antaranya ada juga perkara-perkara yang melibatkan bisnes, psikologi, rumah tangga etc berdasarkan pembacaan dan pemerhatian. Aku perati je engko nie.. So nak cakap di sini banyak lah perkara yang boleh didapati bila kita membaca. Aku akan listkan sedikit sebanyak buku yang sangat memberi makan kepada otak. Kalau basic kepada kehidupan akhirat adalah amal, basic kehidupan dunia pula adalah ilmu.

Sekian.

Antara buku yang bukan saja mengenyangkan otak, tapi juga meluaskan pandangan:

  • Currency Wars (world economics) – James Rickards
  • Rakyat Miskin, Malaysia Kaya (Malaysian economy, education)- Anas Alam Faizli
  • Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang (masalah dalam bidang pendidikan negara)- Z.F. Zamri
  • Lelaki Di Sebalik Pulau (undang-undang sendiri atau yang telah digubal British)- Yusmadi Yusoff
Advertisements